Assalamualaikum...
Ya Allah Ya Rahim , ampunkan dosa2ku, dosa saudara mara ku dan dosa muslimin muslimat.
Ya Allah Ya Rahman, kurniakanlah kepada ku suami/isteri serta anak-anak yg soleh/ solehah dan mencintai agamaMu Ya Allah.
Ya Allah Ya Razzaq kurniakan kepadaku rezeki yang berkat, pekerjaan yg baik serta kejayaan didunia dan akhirat.
Ya Allah Ya Jabbar , makbulkan segala hajatku dan juga pemberi maklumat yang aku perolehi ini.
Ya Allah Ya Mutaqabbir , jauhkan aku dari sifat hasad dengki ,khianat dan munafiq.
Ya Allah Ya Waduud , kurniakan aku dan seluruh umat Islam yang beriman dengan kesihatan zahir dan batin.
Ya Allah Ya Zaljalaliwal ikram , makbulkanlan semua hajatku dan redhaikan aku.
AL Fatihah untuk semua orang samada yg hidup atau yang telah meninggal dunia.
No comments:
Post a Comment